Memaparkan catatan dengan label ADD YOUR KNOWLEDGE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ADD YOUR KNOWLEDGE. Papar semua catatan

Virus E BOLA

Let's gain some knowledge


Sumber: KKM

PERBEZAAN Air Mineral Semulajadi (AMS) dan Air Minuman Berbungkus (AMB)

PERBEZAAN Air Mineral  Semulajadi (AMS) & Air Minuman  Berbungkus (AMB)



Air

Air memang sangat penting dalam tubuh badan kita. Air berfungsi mengimbangi elektrolit ( iaitu cas positif dan negatif) dalam tubuh badan kita. 60% air yang terkandung dalam badan kita. Sangat pentingkan air ini?


Semua orang tahu, kita perlukan air 8 gelas sehari dalam erti kata lain bersamaan dengan 1.5L. Pengambilan air adalah memadai jika kita ambil sebanyak 1.5L - 2.0L.


Berbalik pada tajuk yang aku cuba sampaikan. Korang mesti selalu nampakkan air mineral atau air minuman yang penutupnya berwarna PUTIH , BIRU dan HIJAU.
Macam ni...


MINERAL WATER (Biasanya biru dan Hijau) :  Air ini adalah diambil dari sumber air mineral semulajadi yang telah melalui proses tertentu dimana memang diketahui bahawa mineral semulajadi memang bagus untuk kesihatan.

AIR MINUMAN BERBUNGKUS : Untuk penutup yang berwarna putih pula adalah di ambil dari bekalan air paip yang telah ditapis dari proses reverse osmosis atau osmosis berbalik. Osmosis berbalik memerlukan sedikit tekanan untuk menolak balik air supaya menjadi bersih.


Macam mana nak tahu beza? 
AIR MINERAL SEMULA JADI
Punca
Sumber daripada strata kandungan air bawah tanah melalui mata air, telaga, gerekan dan lain-lain jalan keluar. Punca perlu mendapat kelulusan dan lesen daripada Kementerian Kesihatan.

Penambahan mineral
Tidak boleh diperkaya/diperkuat atau ditambah dengan vitamin atau mineral

Pelakuan / rawatan
Dibenarkan

Label
Perlu dilabel dengan :
• “Air Mineral Semulajadi” atau
• “Air Mineral Semulajadi Berkarbonat”sekiranya mengandungi karbon dioksida.
• Amaun jumlah pepejal terlarut
• Nama kandungan mineral yang ada
• Lokasi puncanya
• Jenis punca
• No kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
• Punca diluluskan oleh KKM
• Nama dan alamat lengkap pengeluar
• Buatan Malaysia atau buatan negara asal pengeluar

Pembungkusan / Botol
- Penutup botol pelbagai warna
- Botol yang digunakan mestilah berkeadaan telus dan lutsinar.

AIR MINUMAN BERBUNGKUS
Punca
Semua punca air yang selamat seperti dari sistem bekalan air awam atau air paip, air (sungai, kolam, tasik) dan air tanah (telaga tiub, mata air). Boleh mengandungi tambahan garam klorida, bikarbonat dan sulfat bagi kalsium, magnesium, kalium dan sodium serta karbon dioksida.

Penambahan mineral
Boleh mengandungi tambahan garam klorida, bikarbonat dan sulfat bagi kalsium, magnesium, kalium dan sodium serta karbon dioksida.

Pelakuan / rawatan
Dibenarkan

Label
Perlu dilabel sebagai
• “Air Minuman” atau
• “Air Minuman Berkarbonat” jika
mengandungi karbon dioksida
• Amaun mineral atau garam tambahan
sekiranya ada
• Jenis punca air
• Nilai pH, warna kekeruhan
• No kelulusan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM)
• Punca diluluskan oleh KKM
• Nama dan alamat lengkap pengeluar
• Buatan Malaysia atau buatan negara
asal pengeluar

Pembungkusan / Botol
- Penutup botol berwarna putih
- Botol yang digunakan mestilah berkeadaantelus dan lutsinar.


Sedikit sebanyak info yang ath kongsi dengan korang. Semoga menjadi maklumat kepada kita semua.

SUMBER : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)





Serum BioWhite Collagen

Hai..Sihat Tak?  Korang pernah dengan tak Serum BioWhite Collagen?
Bila aku try google tajuk ni,  banyak dah blogger yang post pasal entri ni. Secara tak langsung, aku pun bukan post je, aku beli produk ni, (for trial..hihi)


Serum Biowhite Collagen keluaran Panacea

 Panacea sebenarnya dekat area Johor. (Macam mana aku tahu?) la...dekat alamat ada dia tulis masa pos barang dekat aku. Nak upload gambar pun tak habis edit lagi nih...


ini adalah pengasan Serum Biowhite collagen


Kebaikkan

  • Mencatikkan kulit wajah agar lebih berseri dan lembab sepanjang hari
  • Melambatkan proses penuaan dengan menambahkan keanjalan kulit
  • Menghilangkan parut jerawat, parut pembedahan, dan kesan regangan kulit
  • Menghasilkan kulit yang licin dan mengecilkan liang-liang pori
  • Mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan tona kulit
  • Membaiki sel-sel kulit mati dan pembentukan sel-sel baru
  • Memulihkan kulit kering dan Nyahhidrat.

Kalau korang nak beli tak kisahlah untuk Isteri, emak dan seangkatan dengannya, korang boleh pergi kat:


No. Tel :  013-4449531 / 019-7300105


Sekarang tengah PROMOSI!! Cepat Lah Beli..


 

Resepi Pecal Jawa

Korang pernah makan Pecal tak? tau tak pecal tu apa?


FRom Google

Semalam emak aku buatkan pecal ni..korang penah makan tak? Pecal ni makanan orang Jawa..tapi mak dan ayah aku bukan orang jawa tau!! ^^

Saja-saja makan..al maklumlah..aku ni orang kampung. Kalau korang nak merasa air sungai yang macam ais pagi-pagi..meh singgah rumah aku ye.. (tapi kalau nak datang bagitau,karang aku tak ada kat rumah...hikhik)
 Pecal ini simpe je kalau nak buat. Kaedah rebus jer, cuma kuah kacang tu yang penting. Sebab itu bahan utama kalau nak buat pecal ni.. Nampak kan ada jantung pisang? kalau tak letak pon tak pe, tak ubah rasa sangat pun...hehe sebabnya aku pun tak suke... ^^ kalau kuah kacang tu korang malas nak buat, beli jer,,balik tambah air panas.. ^^


Kalau nak try masak, ikut resepi dulu ok

BAHAN-BAHAN PECAL (ANGGARAN SAHAJA) :-) 

Pucuk ubi, dicelur lembut, tos dan bila sejuk perah airnya 
Kacang panjang, kerat2 1inci dan celur sekejap, toskan 
Timun, hiris memanjang 
Senkuang, hiris memanjang 
Tauhu, goreng dan hiris ( ini goreng )
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan 

BAHAN KUAH :-) 
150 g kacang tanah 
8 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 
2 inci isi cekur 
1 inci belacan, dibakar 
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan 
10 tangaki cili kering, kerat dan cuci, toskan 
10 - 15 biji cili padi (optional) 
Jus asam jawa secukupnya 
Garam dan gula secukup rasa 

CARA MEMBUATNYA :-) 
  1. UNTUK KUAH :- Kacang tanah, disangai hingga rangup, buang kulit dan kisar hingga hancur. Udang kering digoreng, angkat dan toskan, bawang merah dan bawang putih, digoreng, angkat dan toskan. Goreng juga cili kering dan cili padi, angkat dan toskan. Kemudian kisar bahan untuk kuah kecuali jus asam jawa, kacang tanah, garam dan gula. Kemudian gaul bahan kisar tadi dengan kacang tanah, tambah air asam secukupnya, tabah garam dan gula secukup rasa, jika perlu tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.
  2. UNTUK PECAL :- Susun semua bahan2 sayur untuk pecal dalam bekas sesuai, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Hidangkan segera sebagai pembuka selera. 


Credit untuk Dapur Tanpa Sempadan

Resepi Bihun Goreng Singapore

HaH!! [jawab dulu salam tu..]
Hari ini aku try masak Bihun Goreng Singapore. Tak nak celoteh banyak-banyak, aku share sikit macam mana cara-cara nak masak (maklumla..aku suka try benda-benda yang aku tak pernah buat..)



(image by Pak Google)

Bahan-Bahan

1) Bihun [tak kisah korang guna jenama apa sekali pun, tapi rendam dulu ye..bagi lembut ]
2) Ayam dipotong kecil-kecil
3) Cili Padi (kalau suka pedas boleh lebihkan)
4) Bawang merah dan bawang putih dikisar halus
5) Sos Tiram
6)Sayur-sayuran (sayur yang aku guna carrot,sawi hijau, taugeh)
7- Lada hitam yang ditumbuk halus

Cara-cara

1- Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau
2 - Masukkan ayam yang dipotong kecil-kecil
3- Masukkan juga cili padi
4- Tumis sehingga naik bau
5- Masukkan sos tiram
6- Biarkan sekejap dan kacau
7- Masukkan bihun dan kacau bagi rata dan sebati
8- Masukkan lada hitam
9- taugeh dan carrot
10- Masukkan sawi
11- Biarkan seketika dan kacau lagi
12- Agak-agak dah ok..tutup api dan hidangkan

p/s : kalau nak lagi ummm dan terangkat bila korang makan, try makan bersama sambal kicap.


Bahan-Bahan
Cili padi
bawang putih
belacan
kicap

Cara-Cara
Kisarkan semua bahan-bahan diatas



untuk tatapan



Selamat Mencuba

Resepi Spaghetti Blackpepper Goreng

Assalammualaikum...
Hari ini aku berjaya masak spaghetti ala blackpepper.ini...hahha..alhamdulillah...banyak blog yabg aku rujuk..terima kasih untuk semua ye...actually aku masak spaghetti ini sebab ada lebih spaghetti kat rumah.Dengan kerajinan yang ada aku gagahkan juga untuk masak..hahhaa
Bahan-bahan
» Spaghetti (direbus dahulu)
» Daging kisar ( boleh guna ayam,seafood. Sorry aku tak makan seafood sebab alergik)
» Minyak masak
» Lada hitam (dikisar halus)
» Cili kering direndam air panas dahulu dan dipotong kecil( boleh letak cili padi kalau nak lagi uuummmm!!!)
» Bawang merah dan putih untuk menumis
» sayur sawi, lobak merah,cendawan
CARA-CARA
1) Tumis bawang merah dan putih serta daging kisar.
2) Masukkan cendawan dan masukkan spaghetti yang telah direbus
3) Perlahankan api takut-takut hangit
4) Masukkan lada hitam yang dikisar, cili kering,sawi dan lobak marah.
5) Masukkan garam.
Dah siap!!
Senangkan? Selamat mencuba!!

Anugerah Dendam Yang Terindah

Assalammualaikum

Hari itu korang ingat tak aku tengok movie apa? ada kan aku kata nak review cerita yang aku tengok tu..
Ala..aku tengok bukan dekat wayang..aku tengok dekat Astro First la..tekan dan tempah. Tapi hati-hati takut karang bil korang banyak pula. Pilih cerita yang korang nak tengok sahaja dan sesuai untuk tontonan umum ye.. Berbalik cerita tadi, kalau korang belum baca mai baca SINI dulu..


Barisan pelakon-pelakon hebat 
Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, El – Faeza Al – Haq, Amar Bahrin dan ramai lagi 

Sinopsos
Filem ini mengisahkan tentang Azman (30an) yang merupakan seorang anak yang terkilan dengan sikap ibunya memilih kasih dengan memberikan sepenuh perhatian kepada adiknya Aril (lewat 20an). Segala kemahuannya Aril akan dituruti oleh ibunya sedangkan Azman pula sering dipinggirkan dan dihina. Konflik terjadi apabila kekasihnya, Izatul ditunangkan dengan adiknya dan sejak itu Azman menyimpan dendam serta membawa diri ke Australia.
Suatu perkara yang disangka berlaku, Izatul yang 6 bulan mengandung, terbang ke Australia untuk memujuk Azman pulang ke Malaysia, menjenguk ibunya dan adiknya yang sedang tenat akibat kemalangan jalan raya. Untuk mengelakkan dirinya dibenci Azman, Izatul menceritakan segala-galanya kepada Azman mengenai perkahwinannya dengan Aril memandangkan Azman masih lagi menuduhnya mempermainkan sumpah janji cinta mereka.
Izatul terpaka berkahwin dengan Aril untuk menutup malu kerana dia telah dirogol Aril. Sebuah filem yang diterbitkan oleh Global station dan dibawah arahan Mohd Feroz Kadir serta skrip yang ditulis oleh Rozie Rashid ini bakal memberi sesuatu kelainan dan pengalaman hebat buat penonton dengan pelbagai babak dramatik yang diselitkan khas buat tontonan umum.


Pendapat aku tak ada beza sangat dengan sinopsis yang aku tulis ini. Bagi aku, kebanyakan cerita melayu anak belajar pandai-pandai pergi oversea balik ada ijazah, kawin dengan orang yang sama taraf. Tapi dalam cerita ini lain sikit, anak dia (Arif) seorang pelajar yang pandai semasa sekolah tetapi belajar bukan sampai oversea . Tetapi 1 kampung tahu dia belajar luar negara. ( hah macam mana tu..aku pun pening..kan? dia belajar kat mana?). Kalau bagi rating cerita ini aku boleh bagi 3 Bintang!!

jom tengok

>SINI<



Resepi Salad Buah

Assalammualaikum

Hari ini aku nak share dengan korang resepi salad buah shake.!!( kenapa shake ye..) nanti aku exlplain ye..

Bahan-bahannya
Yogurts natural
Buah Masam ( ikut citarasa )
Aku guna buah
-lemon
-limau
-kiwi
-anggur
-prun

Cara-cara
1- Potong kesemua buah buahan tersebut.
2- Letak dalam bekas yang kedap udara
3- Tuangkan yogurt
4- Tutup dan goncangkan. Simpam didalam peti sejuk buat seketika sebelum MAKAN!!

Selamat mencuba.

PERLU KE TAHU TENTANG MINYAK MASAK?


Korang semua sihat tak?
lama dah tak berupdate entri ni...maaf la sejak masuk klinik, payah sikit nak berupdate-update.
korang pernah masak kan?

tak kisah la Maggi ke, telur goreng ke...ataupun
"Masak Air"

hikhikhik

Kalau kita tengok di rumah, ada berbotol minyak masak yang kita guna. Kadang-kadang kita akan tukar jenama lain kan?

Korang rase baik ke tak minyak masak yang korang guna sekarang?


Mari kita lihat 1 per 1

  • Apa itu Minyak Masak?

           MINYAK masak bahan utama untuk melengkapkan hidangan. Tidak kiralah apa jenis minyak kegunaannya sukar diketepikan sama ada untuk menggoreng, menumis, membakar dan sebagainya dalam sajian. Walaupun minyak masak digunakan hampir setiap hari, masih ramai ragu-ragu mengenai jenis pilihan dibuat - sama ada elok atau tidak terutama apabila dikaitkan dengan kebaikan pada kesihatan dan keenakan dicetuskan minyak masak.

 Minyak masak, umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu :

1) minyak poli tak tepu 

Minyak poli tak tepu adalah yang terbaik antara semua minyak dan lelemak terutama sekali jika dibandingkan lemak tepu. Antara minyak ini seperti soya, jagung dan biji bunga matahari. Bagaimanapun, pakar pemakanan berpendapat, asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan bagi tujuan goreng yang membabitkan penggunaan haba atau api panas. Penggunaan minyak teroksida secara berlebihan pula boleh meningkatkan risiko barah. 

2) minyak mono tak tepu. 

Minyak mono tak tepu pula didakwa baik untuk kesihatan jantung. Minyak yang kaya dengan asid lemak mono tak tepu adalah seperti minyak zaitun, canola, biji sawi dan biji bunga matahari. Asid lemak mono tak tepu adalah semula jadi pada kolesterol darah dan dapat membantu menurunkan paras kolesterol yang tinggi sekali gus mengekalkan paras kolesterol darah. Namun, minyak jenis ini tidak sesuai untuk menggoreng, sebaliknya hanya digunakan menumis atau dimakan mentah , walaupun ia dikatakan bagus untuk jantung. 

Kebaikan atau kelebihan ada pada setiap minyak:- 

 Minyak bunga matahari

Minyaknya daripada biji bunga matahari adalah salah satu minyak alami yang menyihatkan. Seperti minyak zaitun, minyak bunga matahari sangat disarankan dipakai untuk mengolah masakan. Kandungan lemak tepunya jauh lebih rendah dan baik untuk kesihatan jantung berbanding minyak sawit dan jagung. Minyak bunga matahari mempunyai warna sangat jernih dan tiada bau hanyir apabila dimasak dan sangat cair pada suhu bilik, tidak seperti minyak kelapa sawit yang amat likat. Selain itu, minyak bunga matahari juga tidak merosakkan rasa masakan, kaya vitamin A, C, D, dan E yang diperlukan untuk nutrisi tubuh, selain membantu meningkatkan stamina menurunkan kolesterol dan sesuai untuk pesakit diabetes.

Minyak jagung

MINYAK jagung dihasilkan daripada biji jagung atau ‘germ’. Minyak ini mempunyai kandungan lemak tepu sedikit rendah berbanding minyak sawit. Minyak ini biasanya digunakan untuk menggoreng. Apabila memasak menggunakan minyak ini jangan terlalu panas dan jangan dipakai untuk menggoreng berulang kali ia bagi mengelakkan khasiatnya berkurangan. Ia mengandungi sejumlah besar zat biologi aktif termasuk phosphatides, positif mempengaruhi jaringan otak, pro-vitamin A dan vitamin E yang tinggi, lesitin iaitu antioksidan yang aktif serta sumber asid lemak Omega 6 yang baik untuk kulit. Selain boleh membantu pesakit diabetes, mengelakkan obesiti dan menurunkan kolesterol. Minyak ini juga didakwa berupaya mengurangkan ketegangan saraf, keletihan, meningkatkan metabolisme dan meningkatkan warna kulit.

Minyak zaitun 

 MINYAK zaitun bukan saja rendah kandungan lemak tepu tetapi kandungan lemak mono tak tepunya jauh lebih tinggi berbanding minyak jagung. Tidak dinafikan, minyak zaitun harganya begitu tinggi dan sering digunakan bagi masakan Mediteranean.  Walaupun ramai yang mengatakan makanan yang dimasak menggunakan minyak zaitun tidak sesedap berbanding minyak masak lain, namun ia ada kelebihan tersendiri khususnya sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan minyak zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak itu memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun, minyak zaitun sekalipun digunakan berulang kali tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah warna dan bau.  Minyak zaitun tidak sesuai untuk menggoreng tetapi boleh mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian. Ia turut membekal vitamin E yang tinggi dan menghindari penyakit kardiovaskular.


Minyak kacang

MINYAK kacang dihasilkan daripada kacang dan mengandungi lemak cukup tinggi dan sering digunakan dalam masakan Asia Selatan atau Asia Tenggara. Lazimnya digunakan bagi menggoreng makanan terutama kentang jejari, ikan, ayam dan sebagainya. Antara khasiatnya pula ialah mempunyai sumber tenaga, protein, vitamin dan serta mineral termasuk fosfor, kalium, magnesium, dan kalsium.


INFO: Beberapa panduan mengenai penggunaan minyak masak:
  1. Gunakan minyak baru untuk menggoreng. Jika dicampurkan dengan minyak lama.
  2. Elakkan terlalu lama minyak di atas api, semakin cepat struktur minyak itu akan berubah bentuk. Ia tidak sihat untuk kesihatan
  3. Jangan biarkan serpih makanan dalam takungan minyak. Ia akan mereput dan terus tinggal dalam minyak, mempercepatkan lagi perubahan struktur molekul minyak itu. Sebaiknya tapis bersih baki minyak sekiranya bercadang menggunakannya buat kali kedua
  4. Gunakan kuali yang tidak melekat untuk menjimatkan minyak masak.
  5. Minyak yang dianggap sihat pada suhu bilik boleh menjadi tidak sihat apabila dipanaskan pada suhu tertentu.
  6. Jangan gunakan minyak yang sudah rosak. 
  7. Minyak berubah warna menjadi lebih gelap sebab ada makanan yang sudah terbakar dalam minyak itu. 
  8. Semakin lama minyak digunakan, semakin likat struktur minyak itu. Logiknya bentuk molekul minyak sudah banyak berubah disebabkan faktor suhu.


SEDIKIT INFO AKHBAR


Dah tau kan? pilih lah minyak masak yang betul bagi menjamin kualiti dan khasiat serta kesihatan tubuh yang berpanjangan.


p/s: A Simple Day With A Simple Smile



Dietetik



Aku Seorang Pelajar Dietetik USM

Fakulti Sains Kesihatan






Korang mesti pernah dengar atau pernah baca tentang bidang Dieteik ini kan?




A h l i   d i e t e t i k  j u g a   b o l e h   d i ka t a ka n   se b a g a i   “p e n t e r j e ma h ”  d a r i p a d a   a ya t   k e p a d a   ma ka n a n .   A h l i   d i e t e t i k  d a p a t   me m b e ri   kh i d ma t   n a si h a t   d a ri   se g i   p e n i l a i a n   st a t u s  p e m a ka n a n   i n d i vi d u   a t a u   ke l o mp o k  d a n   se t e ru sn ya   me n y a ra n k a n   p e m a ka n a n   ya n g   se su a i .   Me ma n d a n g ka n   b i d a n g   d i e t e t i k   se a ki n   b e rke m b a n g   d a n   p e r mi n t a a n n ya   se ma ki n   m e n i n g k a t ,   m a ka   g r a d u a n   d a r i   j u ru sa n   i n i   me m p u n ya i   p e l u a n g   ke r j a y a   ya n g   ce ra h   sa ma   a d a   d i   se kt o r  ke r a j a a n   kh u su s n ya   d i   h o sp i t a l   a t a u   sw a st a .


Dalam Erti kata yang lain

Dietetik, ialah dari perkataan diet itu sendiri menampakkan fungsinya sebagai pegawai yang menggunakan kombinasi teori dan pengalaman praktikal yang berasaskan sains fizikal, biological dan sains kelakuan dengan berfokuskan kepada makanan, pemakanan, terapi pemakanan perubatan, pengurusan makanan dan pemakanan komuniti. Sebagai contoh, ia melibatkan kajian pemakanan di hospital bekenaan jumlah pengambilan kalori, serta kajian pemakanan untuk mencegah gaya hidup tidak sihat hingga meningkatkan lagi obesity ( kegemukan ), selain itu ia membuat kajian nutrisi/makanan sepatutnya untuk komuniti serta pesakit-pesakit mengikut penyakit yang dialami.



Sumber : Pengajian Bidang Sains Kesihatan ( Dietetik )

Bidang Pekerjaan Pegawai Dietetik

Kebanyakan Pegawai Dietetik ini akan bertugas di institut penyelidikan, hospital, Pegawai kawalan Mutu, Pegawai pemasaran di institute pengeluaran makanan dan minuman dan sebagai perunding dietetik.


Selain itu, boleh juga untuk Pegawai Sains/ Pegwai penyelidik di intitut penyelidikan, intitut pengajian tinggi, hospital dan industry berkaitan kesihatan.

Untuk bidang pendidikan pula, bidang ini juga boleh sebagai pensyarah, pembantu pensyarah, tutor, guru di IPTA dan IPTS.







Bakal-Bakal Dietitian 

Amin

A Simple day with a simple smile

~peace~



 

Buah Strawberry bercabang?


hi...korang nampak tak ? ( kalau tak tahu buah apa...aku tak tau nak cakap...)

Abah aku baru balik Cameron Highland..so sementara Abah aku pergi sana...macam-macam lah aku kirim...dengan sayur yang banyak giler...jap...jap...aku pergi ambik gambar jap...

banyak kan?

 ada broccoli ada cendawan...sawi...
dan ada lagi lah..hehehe...



ini Favorite abah aku...tapi aku tak makan kot...TAK SUKE!!!!








Back to our topic pasal strawberry

Abah aku ada beli 5 kotak strawberry..adik aku bukak la satu kotak ini..korang nampak tak..strawberry bercabang 2 dan bercabang 3..

SUBAHANALLAH




ini lah bukti kekuasaan Allah.




Sekian 

~peace~


p/s : A Simple Day With A Simple Smile





Keeps you away.

Apa dia "keeps you away" 

kenapa..kenapa....kenapa...



Aik...napa pulak dengan Doktor ni...apa kaitan dengan aku...ish..ish...ish...

korang...korang..korang...

Pernah dengar tak 

" a apple a day keeps the doctor away "

hahhaa...saja je aku nak buat korang tertanya-tanya...tapi mesti korang pelikkan..apa pulak kaitan benda alah tu dengan aku?









Tengok gambar Apple ini, sedapkan...

sabar..sabar...


aku cerita pasal Epal kat korang sebab aku tengah makan epal sambil menaip entri khas untuk blogger-blogger aku yang singgah sini..


Jom selongkah khasiat sebiji epal jika kita makan setiap hari..


TERJAH!!


Sebiji epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.

buktinya...

Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient ( sejenis nutrient dalam epal tu..) boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.

Epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus. Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus. (baguskan epal ni...)

Setiap individu memerlukan serat. 5g Serat dalam sebiji epal = 20 % serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian. Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.

bukti lain..

Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi. Penyelidik Jepun mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.




oleh itu...makanlah epal setiap hari..






p/s: A Simple Day With A Simple Smile..


~peace~

Ape 2013?

2013

13 Tip Kesihatan



Source from : Eat Right



Eat Breakfast

breakfast

Make Half Your Plate Fruits and Vegetables



Watch Portion Sizes


Be Active



Fix Healthy Snacks


Get to Know Food Labels


Consult an Registered Dietitians



Follow Food Safety Guidelines


Get Cooking



Dine Out without Ditching Your Goals

Enact Family Meal Time

Banish Brown Bag Boredom

Drink More Water


Latest Engineering Technology


Cantik kan Masjid ni..Harap-harap masjid yang besar penghuni masjid juga sama banyak dengan saiz masjid ini.


Masjid Bandaraya, Likas, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

P/s: Blogger-blogger Sabahan Drop url korang sini boleh follow.
Kalau Aku pergi sabah boleh jumpa kalian..

" Maaf Athir tidak reti cakap Sabah ba"
Ada kawan USM ni yang orang Sabah.
Seronok!

~SEkian~

APA itu KISMIS?

Rahsia Tentang Kismis

Kandungan Gizi Kismis - Raisin per 100 g (3.5 oz)
Energi 1.252 kJ (299 kcal)
Karbohidrat 79 g
Gula 59 g
Diet serat 4 g
Lemak 0,5 g
Protein 3 g
Kalsium 50 mg (5%)
Besi 1,9 mg (15%)
Kalium 750 mg (16%)
Sodium 11 mg (0%)
Sumber: USDA Nutrient database



KELEBIHAN  KISMIS


Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.





1.Ia menajamkan minda atau daya ingatan kerana otak memerlukan banyak gula fruktosa untuk berfungsi dengan baik.

2.Menjadi sumber semulajadi anti oksida kerana kismis mengandungi fenol. Anti oksida melindungi tubuh dari adikal bebas ( sebab itulah banyak bahan kecantikan me war-warkan anti- oksida ni dalam produk mereka )

3.Kismis menyihatkan dan melindungi gigi dan gusi kerana  ia kaya dengan asid oleanolik.Asid Oleanolik mampu menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan plak dan kerosakan gigi.

4.Kismis kaya dengan potasium dan sodium yang membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

5.Menguatkan tulang kerana di dalam buah kering ini terkandung fiber dan asid tartaric


Mata Kita..Perlu Tau ke?

Hye semua, Ahad ini Athir ada CA (continuous assessment) ala-ala macam test la jugak. Hafal puya hafal takut lak lupa..korang ada tips tak yang boleh share..komen sikit, 

back to the entry title post

korang tau tak macam mana asal mata kita?
bentuk dia?
rupa dia?

nak dikatakan, mata manusia memang cantik,
pelbagai warna
perbagai bentuk (tu aku tak sure lak sebab aku tak pernah jumpe mata orang bersegi-segi..hikhik)

kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang tengok ini
aku pon dapat daripada course mate aku
dia share dah aku pon tolong share
membaca dapat tambahkan ilmu
sampainya walaupun satu perkataan dah dapat pahala..

Have fun with this picture ^_^

Eye catching: This incredible picture shows a close up of a human eye, revealing in remarkable detail the structures of the iris

The windows to the soul: But seen so close they seem less like human anatomy and almost like the landscape of an alien world

Macro eye photographs        Macro eye photographs

Fibrous: The pictures show the front pigmented fibrovascular tissue known as a stroma


Tengok video dekat sini

Video (scroll sampai bawah)




Souce : Daily Mail (assess on 13 December 2012_