Memaparkan catatan dengan label Travel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Travel. Papar semua catatan

Percutian!

Tolong...tolong..tolong...
harap korang boleh tolong aku.

Ada cadangan tak nak bercuti dekat Pulau mana?
KOrang ada experience tak pasal percutian ni.

Hopefully sesiapa yang pakai agent tu..boleh tak attach link kat sini.

Ciri-ciri Percutian yang Aku nak pergi dengan kawan-kawan:

1) Mestilah Pulau
2) Harga yang murah / berpatutan
3) Termasuk penginapan dan Makan (Yummy!!!)



Tolong ye kawan sekalian ^_^

Destinasi honeymoon impian Emak Dan Abah


Contest - Get a Chance To Win Honeymoon Package To Bali

...DESTINASI CINTA...


present to you

my lovely sweetheart and heartbeat





Emak Dan Abah





Sedikit sebanyak akan aku ceritakan tentang Emak Dan Abah


Abah: Abd Mu'as
Emak : Nadjeriyah

Gambar atas ini, gambar mak ayah aku. Aku tak tau lah kali terakhir mereka pergi bercuti berdua tu bila sebabnya banyak urusan lain yang lebih penting yang memerlukan kewangan. Bagi mereka, keutamaan kepada anak-anak itu lebih penting daripada mencari hiburan sendiri. 

Mak dengan ayah aku memang tak pernah pergi Bali. Ada juga saudara-saudara aku yang pergi Bali untuk bercuti, tetapi al maklumlah hanya khabar sahaja yang disampaikan untuk ke Bali. Bali memang tempat percutian yang mak dengan ayah aku hendak pergi. Sebab dapat isi masa untuk berdua-duaan tanpa anak-anak disisi. Kalau dulu anak-anak kecil lagi, tapi sekarang, semua dah besar tetapi masih belajar lagi. 

Aku ambil kesempatan  melawat blog-blog yang lain, kebanyakkan mereka ada pengalaman ke Bali. Tetapi kat sini, aku tidak ada apa-apa koleksi gambar yang untuk aku kongsi bersama-sama korang ye..

Kenapa Pilih BALI?
Bali destinasi sesuai untuk pasangan yang sudah berkahwin. Jika aku menang, inshaa Allah, aku berikan hadiah ini kepada Mak dan Abah yang sukar untuk bercuti bersama. Dengan adanya tour guide , memudahkan lagi perjalanan mereka dan melancarkan ketika mereka di sana. Bali destinasi yang sesuai untuk merehatkan minda dan jauh dari kesibukan bekerja. Penat lelah mak dan abah selama membesarkan aku dan adik-adik aku ingin ku balas jika aku menang contest ini..Amin~

Bila Kali Terakhir keluar berdua?

Kali terakhir mak dengan ayah aku pergi berdua ketika menunaikan umrah. Masa itu, aku pun baru tingkatan berapa entah..!! ^^ Itu kali terakhir. ^^

Kat sini aku tunjuk sikit gambar yang cantik tentang Bali
Semua daripada Oppa Google Image




Cantikkan Bali? 
Seronok kalau dapat pergi sini. Apa yang penting, senyuman melakar melihat keindahan alam lalu bersyukur dengan rezeki yang diterima.

BALI

Destinasi Pilihan untuk Berbulan Madu bagi Emak dan Abah kerana mengetengahkan unsur-unsur alam yang semulajadi dan segar untuk dinikmati.

Terima Kasih Kepada
Penganjur ILuvTour.com 
Sponsor sepenuhnya Tarreq Al Jannah





Bandar Laguna Merbok

hai hai hai...korang sihat ker? Sorry tak update blog ni..kemarin (Sabtu) aku pergi kenduri dekat Bandar Laguna Merbok (BLM), Kedah. Seronok la jugak sebab aku yang drive..(hahaha...jauh kott..) Korang tau tak BLM kat mane?



Kenduri tu ada dekar area-area Kelab Laguna ni, mula-mula dah sampai dah dekat kelab ni, lepas tu aku perasan dekat luar kelab tu tulis "belajar Berenang, Contact En. Dot Dot " terus cakap dekat abah.." la..kat manenye kenduri ' Terus ayah aku call kawan dia cakap kiteorang ni dah sampai dekat kelab ni, terus kawan ayah aku cakap, kat situ la...hehe ( Sorry)

Wedding ala-ala tepi Swimming pool. Seronok tau, tak ramai sangat orang. Cuma belah-belah family pengantin je yang datang. Makanan? Best kot! Sebab western ada, makanan raya ada, nasi kandar ada, maklum la "keturunan mamak sikit sebelah pengantin lelaki tu"

Oklah..korang cuci mata dulu ok?


Me with Mak




Masjid ni baru lagi, Belum siap dengan sempurna lagi..ade kurang sikit-sikit..tetepi dah boleh dijadikan tempat sembahyang..








Travel 3 : Jakarta And Bandung (Day 1)

Hai korang..lama aku tak ber "update"  cerita dekat sini..maklum lah..sekarang aku dah masuk Klinik...kesibukan melanda...nak buat NCP..Pe ke benda NCP tu?

NCP = Nutrition Care Process

Nak tahu lebih lanjut korang comment dekat bawah ye...kang aku cerita pulak lari tajuk entri aku ni...

Travel 3 : Jakarta And Bandung

Kali ini aku pergi makan angin dengan kawan-kawan kelas aku...kembung perut tau...Aku pergi pun masa cuti semester bulan 1. Lebih kurang 4 Hari 3 Malam. Nak dikatakan mahal tak juga la..sebab semua perbelanjaan bawah RM500 kecuali makan dan Shopping!!

Masa itu pun, tiket paling murah la..around RM200 dah boleh dapat tiket pergi balik...Alhamsulillah sekarang ada dekat kampus meninti hari sebagai "student" wawawawa...

Aku tak best pulak la nak story morry dekat korang kalau tak ada gambar...
tunggu jap..aku upload..

Ini masa aku naik keretapi nak ke KL Sentral. Masa  ni aku dekat Kampar, so dari Kampar ke Kl  dalam masa 2 jam .
Masa aku sampai dekat KL pon dah masuk tengah hari. Jalan-jalan dekat MV dengan syida, makan domino kejap then kiteorang terus call fer sebab nak buat exchange money. Kalau korang nak tau, exchange money dekat MV ok la. Harga beli mata wang pon murah. Kirenya korang untung la dapat duit lebih sikit berbanding kalau korang tukar dekat bank. Then, dari MV kiteorang lepak terus dekat LCCT. Malas nak jalan-jalan sebab karang penat. Sampai malam la pulak tersesat kat LCCT..hihihi...berkampung dekat LCCT dengan orang yang lalu lalang...hahaha...(pengalaman tidur dekat airport)
Flight kami pukul 6.00 pagi. Zana, Ika Yati sampai pagi dalam pukul 5.30 pagi, yang lain kelam kabut nak simpan beg sumua..then bergegas naik Flight sebab kiteorang memang dah lewat. Nasib la orang-orang Malaysia ini cool beb...faham situasi orang lain..respect la korang...!!
Masa dalam flight, sementara " Abang Pilot" nak bawak flight ini...kami pun bergambar sakat kot...haha..(Girl habit)..

Syida dengan ika dengan Buku merah

Zana yang mengantuk..terlelap pulak...

Lebih kurang sejam flight kiteorang...Alhamdulillah sampai di bumu Indonesia. Sebenarnya tak boleh nak ambil gambar dekat sini, so alang-alang dah beratur, aku pon cepat-cepat snap..kang tak pasal-pasal kena marah pulak.



7 Orang perempuan datang Indonesia...hahhaa...semua orang cakap "berani betul korang ye..."
So dalam perjalanan Jakarta ke bandung, banyak la tempat-tempat yang best..korang nak tau tempat best kat Jakarta? Tunggu entri yang lain.
Perut dah menyanyi dah..Mas Ari bawa kami makan dekat Nasi Padang..hahhaa...banyak lauk..tapi korang hati-hati ok..jangan makan semua lauk tu..parah pulak korang nak bayar ye...just select the food that you want only...make sure lauk tu habis tau...just tak mahu membazir..


Lepas makan biasa la..perut kenyang..lentok la semua member-member aku ini. Waktu zohor pun muncul, kami solat di Masjud Kubah Emas. Kalau korang nampak gambar dekat bawah ini, memang kubah itu daripada emas. (agak-agak ada orang nak curi tak...?hikhik)
Ini gambar sekitar masjid..jom cuci mata kejap..




Perjalanan diteruskan lagi untuk sampai ke Bandung..Kali ini Mas Ari berhenti rehat untuk makan, solat dah sebagainya. Kami ini memang kelaparan, makan tadi tak cukup mana pun..cari makanan sampingan untuk makan. Ika dan Yati beli Tauhu..kalau korang pernah beli, tauhu ini digoreng dan dimakan dengan....? Apa?
Hahahaha...teka sikit..







Dimakan dengan







korang bayangkan ye..aku ingat dorang bagi sos ke...nah..sekali cili ini dapat...orang yang boleh makan segar bugar macam ini...syida aje..

Sekitar perhentian tersebut, adalah satu kedai ini ala-ala KFC...hahaha...aku pun tak tahu C itu refer kepada apa...Ini kami just ambil gambar, sebab hara CFC ini lebih kurang sama dengan KFC...tak jauh beza sangat.
Kami menerus perjalanan ke Bandung lagi


Kami tiba di Bandung dalam pukul 7.00 Malam. Kemudian, kami Check in hotel dekat dengan kawasan bandar, bukan apa..senang sikit nak keluar.
Muka-muka kepenatan...(capek..)

Malam itu, kami pergi beli simcard..kononnya senang nak call..at last Call mummy masing-masing sebab nak cakap sudah selamat sampai.
Ini Harga simcard..lebih kurang RM3 kalau tak silap..murah kan?



Malam itu kami makan makanan ala-ala Korea..hahaha..kira murah kalau korang semua nak makan pun. Yang penting, mana-mana kami pergi alhamdulillah..jumpa orang yang baik.

Terbaek..kot


Dalam pukul 10 Malam Sampai waktu tidur..(dah macam budak kecik pulak..hikhik)
Kiteorang nak cas tanaga untuk berjalan-jalan esok. 


Tunggu






p/s: A simple Day with A Simple Smile

~Peace~















Travel 2 : My Home Town

Aku yang Duduk area Perak pon tak tau ada tempah cantik macam ni
Aku share daripada seorang senior aku yang pergi menghantar adiknya ke seminar...

From Kak Lia

Tempat dia cantik, siap ada polis jaga keselamatan lagi..

korang--korang nak pergi ajak aku tau...hehe..sementara aku tengah cuti semester ini...
atau korang nak bawa family pergi jalan-jalan pon ok jugak..

jom terjah






Credit to Kak Lia





p/s: A Simple Day With A Simple Smile.


~peace~

Travel 1 : Andalusia


Korang sihat tak hari ini? Alhamdulillah..aku telah selamat sampai rumah seawal pukul 5 pagi tadi...

" Home Sweet Home "

Ini bukan tempat yang aku nak pergi travel hujung bulan ini tau, yang ini sekadar nak ajar korang travel ke Andalusia !! 




Part 1 : Kenali sejarah dulu

Andalusia pernah berperanan memberi impak yang besar kepada umat 
Islam. Ia melonjakkan tamadun umat dengan perkembangan di dalam pelbagai 
bidang keilmuan sehingga lahir pelbagai tokoh yang dihormati masyarakat timur 
hingga ke barat. Namun, kegagalan umat Islam
mempertahankan kedaulatan Andalusia telah menjadi sempadan yang pahit 
untuk dirungkai. Apapun, pengalaman dan pengajaran jatuh bangun Andalusia 
cukup penting untuk dikaji bagi mengambil iktibar dan menjadikannya panduan 
dalam menghadapi cabaran semasa. Kertas ini akan cuba sedaya yang ada 
untuk berkongsi fatrah Andalusia ini dalam merentasi sejarah kegemilangan 
umat Islam seketika dahulu.

Source : Andalusia

Tempat-Tempat Menarik
Mesquita de Cordoba. Diwartakan sebagai World Heritage Site.

 Masjid dalam taman yang dibina pada zaman pemerintahan Abdul Rahman Al-Dakhili. Selepas kejatuhan Islam, kerajaan Sepanyol telah menjadikannya sebagai gereja besar Cordoba (The Cathedral of the Diocese of Cordoba).


Medina Azahara; hanya 9% yang tinggal
Ia terletak di Cordoba dan adalah bekas runtuhan satu kawasan pentadbiran kerajaan yang mempunyai bangunan pentadbiran, pejabat-pejabat kerajaan, taman, rumah residen dan tandas. Bangunan ini dibina pada zaman Abdul Rahman ke III Al-Nasir dan hanya bertahan tidak melebihi seratus tahun. Gambar di atas menunjukan kesan pergolakan antara kerajaan Islam yang memerintah pada zaman itu.




Istana Al-Hambra
 adalah istana terakhir yang terdapat di Andalusia sebelum jatuhnya kerajaan Islam.  Istana ini dibina pada zaman Bani Ahmar dan terletak di Granada. Pembinaan istana ini adalah lambang kecerdikan cendikiawan Islam pada zaman itu. 


 Andalusia juga mempunyai beberapa tempat menarik yang cantik dan mengkagumkan. Antaranya Ronda. Ronda adalah bandar kecil di atas kawasan berbukit. Bandar ini terkenal dengan bangunan-bangunannya di celahan bukit.

Cantik kan?

Bangunan yang unik

Alcazaba, Malaga dan Roman Teater
 Malaga. Satu bandar yang cantik dan terletak di tepi laut, Costa del Sol. Di Malaga terdapat beberapa tempat menarik seperti Palacio Gibralfaro, Alcazaba, Roman Theater dan Muzium Picaso. Tidak lupa juga Plaza Mayor sebagai tempat santapan mata untuk membeli belah.


Rock of Gibraltar dilihat dari sempadan Andalusia
Jom kita jelajah ke Gibraltar yang merupakan satu jajahan British. Ianya terletak di semenanjung paling selatan di sempadan Andalusia. Gibraltar terkenal dengan Jabal Tariq atau Rock of Gibraltar. Ia adalah pintu kemasukan kepada askar Islam semasa menawan Sepanyol suatu ketika dahulu.

Source : Tekan

Ada blogger yang dah pergi tau dekat sini..kalo korang rajin apa kata buat trip untuk blogger-logger...boleh kite cari sponser sama-sama...hikhik....


Coretan Perantau di London



Kalo korang minat nak tau keunggulan Tamadun Islam dan kejayaan suatu ketika dulu,  boleh la melawat Andalusia ini. 

jap...jap..jap

tak habis lagi, karang korang pergi tak tau pulak nak makan apa kan? hikhik

jom tengok makanan apa yang best! yang penting halal



ini Aku jumpa dekat Google Oppa...


ini kedai jual kebab. Aku rase lebih kurang macam fast food jugak la..


Dah sampai sana, korang nanti try ini tau'


oklah samapi sini dulu travel ye..
kalau korang ada plan nak pergi aku nak ikuuuttttt!!
sebab aku tak pernah pergi pon...sekadar kongsi dengan blogger-blogger...

Harap korang semua sihat-sihat belaka...amin



p/s : A Simple Day With A Simple Smile..