Memaparkan catatan dengan label KEHIDUPAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEHIDUPAN. Papar semua catatan

New Life


Semoga korang sihat sihat selalu dan dipermudahkan urusan korang semua. Lame tak berupdate kat sini. Rasenye tak lambat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA untuk korang. Yang penting MENU MINGGU NI IALAH DAGING...hikhik.. tu yang masak tiap-tiap hari,..hihi

Tak lupa jugak untuk yang join segmen aku tu, terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah memberkati korang semua.

http://cikath.blogspot.com/2014/08/giveaway-creative-selfie-by-jlm-cik-ath.html


Aku nak cerita sikit tentang life aku kali ini. Sebulan ni memang banyak aku belajar. 
- tentang life
-tentang kawan
-tentang kesusahan
-tentang kepayahan
-tentang skill
-tentang semuanya


dan aku PERCAYA

" Rezeki Allah tu sangat LUAS"

tak perlu kita kedekut
tak perlu nak bangga
tak perlu la nak menunjuk-nunjuk
tak perlu nak malu walaupun kerja tak seberapa


Ok!
Banyak yang aku belajar. Aku tunjuk gambar ye..Kalau korang nak tempah..jangan malu-malu, PM  je aku kat FB aku ye..


1. Aku buat kek

- Kek Aiskrim


-Kek coklat Kukus


-Kek Pelangi


-kek sponge bob

Gambar ini aku ambik dekat Google.
Banyak lagi.. ^_^

2. Aku buat Roti

bun bunga

sosej roll


bun sosej

dan banyak lagi. cuma aku tak ada picture nak letak

bun burger
bun cheese
muffin
bun kelapa
bun kacang merah
bun manis

^_^


Kalau korang nak tempah. tempah kek boleh ye.. ^_^
Area TAPAH, BIDOR, KAMPAR DAN yang dekat dekat dengan tu ye.. ^_^


Sekian untuk hari ini

Jumpa lagi..in Shaa Allah

Doakan Aku ye kawan ^_^




Selamat Hari Guru

Assalammualaikum..
lama tak berupdate kat sini..
nak wish kat korang sume 

Selamat Hari Guru

kepada semua yang kenal dengan aku..
yang banyak mengajar aku tentang kehidupan,friendship, nilai-nilai hidup dan semuanya..

"Mereka Guru-Guruku" 

yang sering memberi dan berkongsi ilmu  dekat aku..


Terima Kasih Semua

Semoga kamu semua dirahmati dan diberkati Allah sampai ke akhirat.

1 January 2014

Assalammualaikum..selamat tahun baru untuk semua blogger. Semoga kita akan memperbaiki diri kita sendiri dan terus berjuang untuk mencapai kejayaan bukan didunia jer, yang lebih penting akhirat.

Just for sharing guys...

Hai Jodoh.. Letih aku pikirkan tentang engkau. Usaha memang penting dalam mencari jodoh. Aku tau, semua ni perancangan Allah. Allah lebih mengetahui. Di tahun 2014 ni, orang lain bergembira dengan tahun baru, tapi aku, menangis menatap tahun yang telah bertukar ganti. Banyak sangat yang aku pikir termasuklah jodoh. 

Hai Blogger...pendapat korang aku perlukan untuk memberi semangat padaku. 

Hari Pertama Raya Aidil Adha. {Raya Di Perantauan}

Hai hai hai...Lame tak berupdate status aku dekat blog ni. Korang sihat? Aku doakan korang semua + family korang semua sihat-sihat dan dirahmati Allah... (Amin)


Tahun ni aku sibuk sikit dengan attachment dekat HOSPITAL USM, KELANTAN. Sekarang aku tengah attach dekat wad kanak-kanak. Bile tak naik wad, rase malas giler!! tapi bile dah naik, tengok budak-budak tu, kesihan sangat, rase nak tengok sampai budak-budak dalam wad ni semua discharge. Korang doakan aku ye...FINAL YEAR dah ni, i'm trying the best to get my first degree, not for myself but i promise to myself i want  to give it for my beloved mak and abah.

Berbalik tajuk cerita, Tahun ni aku beraya dekat KELANTAN! yeayyyyy!!! Dah tahun akhirkan baru nak beraya...hahhahaha... nak jugak merasa dekat Kelantan ni. Alhamdulillah, ade kawan-kawan aku tak balik raya jugak. Kat sini 2 hari tau raya haji. 2 hari tu lah aku berjalan sakan!!! 

Meh aku story morry dekat korang sepanjang 2 hari.


Hari Pertama

PAGI RAYA
- Pergi surau dengan syida & nasha. On the way nak ke surau, dengar takbir raya. Time tu terus ingat kat mak dengan abah. Sebak giler aku time tu..tapi control la..(tak kan aku nak menangis sepanjang jalan..hahha)
 Lepas sembahyang raya, jumpa siha, beraya dengan kami 4 orang. 
Lepas tu.. apa lagi, cari kereta sewa yang sudah siap ditempah!! ^_^ 
vvrrroooommm la kereta,, memang tak tanggu dah.. pergi beraya rumah orang!! yeaaahhhh

Rumah pertama diterjah rumah abang ana dekat KB jer...haha... Ana orang Johor. Tapi balik rumah abang dia time raya ni.





Sedap! pakej sekali dengan satay.. Thanks untuk Kak Sha yang prepared makanan raya untuk kiteorang!! 

Rumah Kedua
Kami bergerak ke Pasir Mas. Rumah siapa pulak jadi pilihan...(jeng...jeng..jeng...)





Kami beraya rumah tok ika. Memang masuk kampung lah! best! sebab sekitar memang kawasan padi. sorry tak dapat nak ambil gambar sebab aku yang drive ^_^
Memang makan fresh daging lah! Makan pulak dengan Budu + Tempoyak! Aku tak tau pulak budu tu + tempoyak, men celup-celup dengan daging je. Yang paling best orang yang tak pernah nak makan durian makan budu + tempoyak!!

Ini budak lah!!

Pandang-pandang aku masa makan. Just guna bahasa mata jer budak ni. 

Tira: Sha..try la..
Nasha: Sedap??????
Tira: Sedappp!! Try tengok

Apa lagi terus celup lah daging tu..bukan sekali tau..tapi BANYAK KALI DAN BANYAK DAGING dia makan!!! ~~~ Sukenye..!!

Dah makan, lepas Zohor, kiteorang gerak nak pi pantai. Sebelum sampai pantai, singgah rumah Kak Mizah. Ini memang tak da dalam plan nak gi, just men terjah!
Ana yang call kak Mizah cakap nak datang rumah!

Rumah Ketiga




Tu suami kak Mizah. Kak Mizah sekarang duduk Sabah. ^_^ Banyak cerita kat Sabah dia cerita.. Semangat tengok dia..!!Kat sini jugak lah budak yang tadi tu TRY TAPAI!!
Sedap pulak die cakap sebab Mak mertua Kak Mizah yang buat!

Lepas tu lepak-lepak pantai. Photoshoot dalam hujan renyai..hehehe...Malam pulak gi Wakaf Che Yeh. Alhamdulillah, nasib bukak! Ada lah tempat nak jalan. Nak pi rumah member lain, jauh sangat lagi pun dah malam. Dorang pun penat jugak. Oklah, korang tengok gambar-gambar ni ok!

Ini baru Hari Pertama Raya Aidil Adha.
Tunggu Sambungan OK

Hari Kedua Hari Raya Aidil Adha.







 Tunggu!!

A simple day with simple smiles








Selamat hari raya semua!!

hai...saja nak wish kat korang.



tahun ini aku beraya di Kelantan. Ade jugak la member kelas aku yang tak balik.
inshaa Allah, nanti aku akan update cerita pasal kitaorang beraya di KELANTAN.

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

~ Athirah Mu'as ~

Kaunseling Pesakit

Lama aku tak update blog ni..thanks kepada blogger-blogger yang sudi singgah blog aku...sangat menghargai blogwalking korang.
Hari itu (khamis) aku ada test kaunseling pesakit. Malam tu memang tido tak lena lah sebab memikirkan kes apa yang aku dapat esok. Malam tu pulak la internet kat U tercinta ini, lembab macam labi-labi. Stress aku tau...hahhaa...

SESI KAUNSELING


Berjalan dengan lancar sebab aku dapat kes baru. Kalau kes baru memang senang sikit untuk handle. haha..ye ke?
Alhamdulillah sesi berjalan dengan lancar. Dan mendapat komen daripada
 Dr. Sakinah (Ketua Program Dietetik)
yang dapat membina kekuatan diri dan memperbaiki diri kita.

Minggu ini pulak aku ada presentation 



8/10/13

Doakan aku ye.. ^_^

Cinta Kau dan Aku

oppss...jawab dulu.. korang sihat ker? mesti sibuk "busy" dengan "life" korang jugakkan?
Macam aku jugak. Sekarang ini aku dah masuk tahun 4 "Final year..yeay..!!" tapi macam-macam aku kena lalui untuk bergelar graduasi. Baru 3 minggu pertama ini, aku berusaha setiap hari untuk merubah diri aku untuk menjadi yang lebih baik. Ada yang beri sokongan "especially kawan-kawan yang rapat denganku" dan ada juga yang memandang rendah dekat aku. Aku tak kisah pun walaupun Allah tahu perasaan aku setiap kali aku berhadapan dengannya. Kadang-kadang, buat aku hilang keyakinan dan hilang semangat. Tapi, aku tahu sesusah mana pun aku jalankan hidup aku, Allah ada disisi aku dan tetap membantu hambanya yang lemah.

" Usaha Lebih"
"Jadikan hari ini lebih baik dari semalam:

Kata-kata ini yang pegang untuk aku terus berjaya dalam hidup aku. Semoga korang sudi memberi semangat yang kuat untuk aku teruskan perjuangan hidup aku.

Berbalik pada tajuk : Cinta Kau dan Aku

Cinta aku dengan dia sudah genap 3 Tahun 2 bulan. Alhamdulillah. Mr. Buah Hati ni dah kerja sebelum grad lagi. Inshaa Allah bulan 10 ni, Mr. Buah Hati (BH) ni akan bergelar graduasi. Masa mula-mula kenal dulu, MR.Bh ni tak pernah pulak cakap dekat aku "macam mana boleh suka dekat aku". Actually cerita dia macam ni:
Masa aku 1st year, sekolah aku ada buat reunion untuk semua batch dekat sekolah. Memandangkan kawan-kawan sekolah aku dh syok tukar-tukar nombor, at last kite orang contact dekat FB. nak dijadikan cerita, Mr.Bh ni pm la aku. (tak pernah-pernah aku tegur dia dekat sekolah,sebab 1)senior aku 2) Geng Mr.Bh ni geng paling hot la) Kononnye..ramai sangat yang minat nak buat angkat-berangkat ni

Boleh lak tanya aku

  Mr. Bh      : pergi ke tak reunion tu. Aku pun pelik la.
  Aku           : tak sure lagi sebab ada dekat kelantan. Ada kelas. Ramai ke senior yang pergi?                      Mr. Bh      : Tak sure sebab yang lain busy jugak               
Aku            : oo.. (!@#$%^&*) tak tau nak tanye ape dah. Maybe apit (member aku) pergi kot.( sebab ku ada tukar no. dekat apit masa chat kat FB
Mr.Bh        :  Nak no tel. in case kalau pergi, boleh jumpa kat sana nanti.       
Aku             : ( 5 minit pikir -  nak bagi ke tak?

At last aku bagi sebab pikir, kalo tak g boleh aku tanye reunion best ke tak.aku pun bagi la no aku dekat dia.



Lepas tu, dah 3 tahun ni, aku pun tanya balik la, macam mana boleh nak PM aku masa chat dekat FB.
Rupa-rupanya:

Mr. Bh ni "berkenan" tengok gambar aku ini masa dekat langkawi. Masa ini time matrik. yang ni gambar aku dengan kawan aku masa dekat Matrik, Sekarang kami  dekat USM dan seorang in making Dietitian and dia pulak in making Medical Doctor. 

Tapi aku nak tunjuk dekat korang gambar aku sorang. Tak ada la pulak sebab ada dalam labtop lama yang dah ( di kuarantikan) hihihi..motherboard rosaklah... ^_^


time tu aku pakai baju maroon ini lah jadi fesi pergi sekolah untuk promote matrik. ^_^
Dah labtop aku gitu, aku usaha pergi cari gambar langkawi ini balik dekat kawan aku. 

Thanks Dear Umie

Dapat jugak  balik gambar aku. tapi beberapa keping aje. Kalo aku ade jumpa gambar tu, inshaa Allah aku share dengan korang tau.


Gambar dekat langkawi.

Oklah. Setakat itu sahaja. ^_^

Semoga hubungan kami berkekalan. AMIN

(29/7/2010)






PESTA DURIAN!!

Photo: [MOHON HEBAHAN]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

[PESTA DURIAN NURANI KEMBALI LAGI]

Untuk semua penghuni Nurani, ayuh meriahkan Pesta Durian kita sekali lagi pada 18 September 2013, pada pukul 8.00 malam bertempat di Parkir Desasiswa Nurani. Ayuh datang beramai-ramai. Untuk yang tidak menggemari durian, buah-buahan tempatan lain turut disediakan.

Ini poster masa Pesta Durian hari tu. Yang penting PERCUMA  Nama pun "Student" kan... kenalah jimat.. (kalah orang yang jimat nak kawin...hahaha)
Pagi tu macam biasalah aku dengan kawan-kawan, ada klinik pagi. Ada group yang naik wad untuk follow up patient, dan aku KAUNSELING PESAKIT!
Dah penat-penat seharian melawat pesakit tersayang, malam tu berhempas pulas dengan PESTA DURIAN.

Hari itu, aku pergi kampus adik aku UITM Machang. Masa tu ada karnival dalam U dia kot, besar-besaran la karnival tu. Aku nak g jenguk pun tak sempat sebab dah petang, nak kena cari hotel lagi untuk rehat. Esoknya aku daftar masuk U. Adik aku cakap ada makan durian dekat karnival tu. Kena bayar RM5 untuk sekali masuk dan makan la puas-puas.

Kali ini dekat Kampus aku pulak ada PESTA DURIAN.

Nah tengok kitaorang menyahut cabaran PESTA DURIAN.





Semester 7

hai 
korang sihat tak?
sorry lama tak ber update blog ni...Aku tengah sibuk menguruskan pendaftaran untuk semester 7. Kali ni aku dapat asrama lain dari yang semester lepas. Ingatkan dapat bilik single sebab aku ada apply, tetapi apakan daya, bukan rezeki namanya...hahhaa...

Berbalik semester 7 ni, memang menyibukkan diri dengan klinikal. Dah macam orang pergi kerja tau!!!

Start 8.00am - 4.55pm

Wahhh memang meletihkan!!

Hari ni baru first day masuk...

memang letih sangat..
ini aku baru menaip sambil tengok movie + buat laporan

(acane tu..hihi)


OKlah... doakan kejayaan aku ye..pape nanti aku update lagi dan jenguk korang..

Jangan lupa LETAK LINK korang dekat bawah.


Romantika

Assalammualaiku..

Layan la kejap sementara tunggu cerita jodoh itu milik kita...

Layan Movie

Assalammualaikum..
Sedar-sedar dah pukul 4.00 petang dah. Hah!!bukak labtop buat kerja macam ni lah jadinya...masa pun tak sedar pukul berapa dah. Sementara tunggu asar..aku tengah layan movie ini. Tengok gambar tau..nanti aku sinopsiskan dekat koranv ok.?

Daripada
Diaristira.blogspot.con

Niat memang lah..!!

Assalammualaikum

Actually aku tak tahu nak mulakan macam mana, tapi ikut bahasa hati yang tengah berkata-kata. Sebenarnya niat aku memanglah berusaha (Cehh...ceh...cehh..) nak menyimpan Laporan Industri aku ini sebab mengikut perkiraan aku lagi 2 minggu ( ye ke? ) nak masuk balik dah kampus tercinta. Sebelum balik report ini nak kena hantar dulu dekat HTI. ( pe tu HTI? alahai...korang rujuk sini ye? ) tapi mengikut kalender aku ini. 


Aku nak hantar laporan sebelum 31 Ogos 2013. Mungkin aku akan hantar 30 Ogos kot ( mintak-mintak lah boleh siapkan!! ) sebab dalam dua hari tu aku kena balik kampung, kalau tak balik pun tak apa juga
(kang nak pergi hantar macam mana..kereta tak ada) 

jadi

kena plan betul-betul ini!!!

Tak apa  bak kata mak aku benda kita yang buat kita boleh selesaikan...dengan keizinan Allah jugak.

Berbalik dengan niat aku nak siapkan laporan ini, memanglah nak siapkan! tapi bila aku nampak seorang blogger ini join ini aku pun klik la blog dia..

giveaway nenot


Aku pun dengan rasminya membuat entri ini


Sekian

diaristira.blogspot.com

Selamat hari raya semua!!!

Alhamdulillah..syawal bakal menjelma...ini pulak aku tengah mengemas rumah...inshaa lah..siap sudah semuanya...mai jemput datang rumah ye....selamat hari raya korang..maaf zahir dan batin...

Praktikal

Hai hai hai.

Lame dah tak update...sekarang ni tengah menyibukkan diri dengan berpraktikal...waaa...letih ulang alik dari tapah ke teluk intan...hahaaha... Apa nak buat untuk memenuhi laporan dan subjek sem depan...hehe...
Ni aku share tempat praktikal..hehhee...