Cinta Kau dan Aku

oppss...jawab dulu.. korang sihat ker? mesti sibuk "busy" dengan "life" korang jugakkan?
Macam aku jugak. Sekarang ini aku dah masuk tahun 4 "Final year..yeay..!!" tapi macam-macam aku kena lalui untuk bergelar graduasi. Baru 3 minggu pertama ini, aku berusaha setiap hari untuk merubah diri aku untuk menjadi yang lebih baik. Ada yang beri sokongan "especially kawan-kawan yang rapat denganku" dan ada juga yang memandang rendah dekat aku. Aku tak kisah pun walaupun Allah tahu perasaan aku setiap kali aku berhadapan dengannya. Kadang-kadang, buat aku hilang keyakinan dan hilang semangat. Tapi, aku tahu sesusah mana pun aku jalankan hidup aku, Allah ada disisi aku dan tetap membantu hambanya yang lemah.

" Usaha Lebih"
"Jadikan hari ini lebih baik dari semalam:

Kata-kata ini yang pegang untuk aku terus berjaya dalam hidup aku. Semoga korang sudi memberi semangat yang kuat untuk aku teruskan perjuangan hidup aku.

Berbalik pada tajuk : Cinta Kau dan Aku

Cinta aku dengan dia sudah genap 3 Tahun 2 bulan. Alhamdulillah. Mr. Buah Hati ni dah kerja sebelum grad lagi. Inshaa Allah bulan 10 ni, Mr. Buah Hati (BH) ni akan bergelar graduasi. Masa mula-mula kenal dulu, MR.Bh ni tak pernah pulak cakap dekat aku "macam mana boleh suka dekat aku". Actually cerita dia macam ni:
Masa aku 1st year, sekolah aku ada buat reunion untuk semua batch dekat sekolah. Memandangkan kawan-kawan sekolah aku dh syok tukar-tukar nombor, at last kite orang contact dekat FB. nak dijadikan cerita, Mr.Bh ni pm la aku. (tak pernah-pernah aku tegur dia dekat sekolah,sebab 1)senior aku 2) Geng Mr.Bh ni geng paling hot la) Kononnye..ramai sangat yang minat nak buat angkat-berangkat ni

Boleh lak tanya aku

  Mr. Bh      : pergi ke tak reunion tu. Aku pun pelik la.
  Aku           : tak sure lagi sebab ada dekat kelantan. Ada kelas. Ramai ke senior yang pergi?                      Mr. Bh      : Tak sure sebab yang lain busy jugak               
Aku            : oo.. (!@#$%^&*) tak tau nak tanye ape dah. Maybe apit (member aku) pergi kot.( sebab ku ada tukar no. dekat apit masa chat kat FB
Mr.Bh        :  Nak no tel. in case kalau pergi, boleh jumpa kat sana nanti.       
Aku             : ( 5 minit pikir -  nak bagi ke tak?

At last aku bagi sebab pikir, kalo tak g boleh aku tanye reunion best ke tak.aku pun bagi la no aku dekat dia.



Lepas tu, dah 3 tahun ni, aku pun tanya balik la, macam mana boleh nak PM aku masa chat dekat FB.
Rupa-rupanya:

Mr. Bh ni "berkenan" tengok gambar aku ini masa dekat langkawi. Masa ini time matrik. yang ni gambar aku dengan kawan aku masa dekat Matrik, Sekarang kami  dekat USM dan seorang in making Dietitian and dia pulak in making Medical Doctor. 

Tapi aku nak tunjuk dekat korang gambar aku sorang. Tak ada la pulak sebab ada dalam labtop lama yang dah ( di kuarantikan) hihihi..motherboard rosaklah... ^_^


time tu aku pakai baju maroon ini lah jadi fesi pergi sekolah untuk promote matrik. ^_^
Dah labtop aku gitu, aku usaha pergi cari gambar langkawi ini balik dekat kawan aku. 

Thanks Dear Umie

Dapat jugak  balik gambar aku. tapi beberapa keping aje. Kalo aku ade jumpa gambar tu, inshaa Allah aku share dengan korang tau.


Gambar dekat langkawi.

Oklah. Setakat itu sahaja. ^_^

Semoga hubungan kami berkekalan. AMIN

(29/7/2010)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah baca kan? sila komen.... ^^_