Korang pernah makan Pecal tak? tau tak pecal tu apa?
FRom Google
Semalam emak aku buatkan pecal ni..korang penah makan tak? Pecal ni makanan orang Jawa..tapi mak dan ayah aku bukan orang jawa tau!! ^^
Saja-saja makan..al maklumlah..aku ni orang kampung. Kalau korang nak merasa air sungai yang macam ais pagi-pagi..meh singgah rumah aku ye.. (tapi kalau nak datang bagitau,karang aku tak ada kat rumah...hikhik)
Pecal ini simpe je kalau nak buat. Kaedah rebus jer, cuma kuah kacang tu yang penting. Sebab itu bahan utama kalau nak buat pecal ni.. Nampak kan ada jantung pisang? kalau tak letak pon tak pe, tak ubah rasa sangat pun...hehe sebabnya aku pun tak suke... ^^ kalau kuah kacang tu korang malas nak buat, beli jer,,balik tambah air panas.. ^^
Kalau nak try masak, ikut resepi dulu ok
BAHAN-BAHAN PECAL (ANGGARAN SAHAJA) :-)
Pucuk ubi, dicelur lembut, tos dan bila sejuk perah airnya
Kacang panjang, kerat2 1inci dan celur sekejap, toskan
Timun, hiris memanjang
Senkuang, hiris memanjang
Tauhu, goreng dan hiris ( ini goreng )
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan
BAHAN KUAH :-)
150 g kacang tanah
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci isi cekur
1 inci belacan, dibakar
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
10 tangaki cili kering, kerat dan cuci, toskan
10 - 15 biji cili padi (optional)
Jus asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK KUAH :- Kacang tanah, disangai hingga rangup, buang kulit dan kisar hingga hancur. Udang kering digoreng, angkat dan toskan, bawang merah dan bawang putih, digoreng, angkat dan toskan. Goreng juga cili kering dan cili padi, angkat dan toskan. Kemudian kisar bahan untuk kuah kecuali jus asam jawa, kacang tanah, garam dan gula. Kemudian gaul bahan kisar tadi dengan kacang tanah, tambah air asam secukupnya, tabah garam dan gula secukup rasa, jika perlu tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.
- UNTUK PECAL :- Susun semua bahan2 sayur untuk pecal dalam bekas sesuai, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Hidangkan segera sebagai pembuka selera.
Credit untuk Dapur Tanpa Sempadan
sedapnyer...
BalasPadamnmpak sedap =) makanan yg menyihatkn..sekali tgok mcm makan org korea pn ade he3..
BalasPadamini adalah menu kami pada pagi raya setiap tahun...ni yang rasa nak buat ni balik ni...heheheh
BalasPadamHai.. Datang menjenguk.. Singgah la blog saya and follow kalau tidak keberatan.
BalasPadamhttp://delafeesmagazine.blogspot.com/
lama x makan pecal ni
BalasPadamsedapny!
THANKS sudi join segmen Yumida :)
Sila semak penyertaan korang:
http://umikasum.blogspot.com/2013/09/senarai-peserta-segmen-tinggalkan-url.html