Anugerah Dendam Yang Terindah

Assalammualaikum

Hari itu korang ingat tak aku tengok movie apa? ada kan aku kata nak review cerita yang aku tengok tu..
Ala..aku tengok bukan dekat wayang..aku tengok dekat Astro First la..tekan dan tempah. Tapi hati-hati takut karang bil korang banyak pula. Pilih cerita yang korang nak tengok sahaja dan sesuai untuk tontonan umum ye.. Berbalik cerita tadi, kalau korang belum baca mai baca SINI dulu..


Barisan pelakon-pelakon hebat 
Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, El – Faeza Al – Haq, Amar Bahrin dan ramai lagi 

Sinopsos
Filem ini mengisahkan tentang Azman (30an) yang merupakan seorang anak yang terkilan dengan sikap ibunya memilih kasih dengan memberikan sepenuh perhatian kepada adiknya Aril (lewat 20an). Segala kemahuannya Aril akan dituruti oleh ibunya sedangkan Azman pula sering dipinggirkan dan dihina. Konflik terjadi apabila kekasihnya, Izatul ditunangkan dengan adiknya dan sejak itu Azman menyimpan dendam serta membawa diri ke Australia.
Suatu perkara yang disangka berlaku, Izatul yang 6 bulan mengandung, terbang ke Australia untuk memujuk Azman pulang ke Malaysia, menjenguk ibunya dan adiknya yang sedang tenat akibat kemalangan jalan raya. Untuk mengelakkan dirinya dibenci Azman, Izatul menceritakan segala-galanya kepada Azman mengenai perkahwinannya dengan Aril memandangkan Azman masih lagi menuduhnya mempermainkan sumpah janji cinta mereka.
Izatul terpaka berkahwin dengan Aril untuk menutup malu kerana dia telah dirogol Aril. Sebuah filem yang diterbitkan oleh Global station dan dibawah arahan Mohd Feroz Kadir serta skrip yang ditulis oleh Rozie Rashid ini bakal memberi sesuatu kelainan dan pengalaman hebat buat penonton dengan pelbagai babak dramatik yang diselitkan khas buat tontonan umum.


Pendapat aku tak ada beza sangat dengan sinopsis yang aku tulis ini. Bagi aku, kebanyakan cerita melayu anak belajar pandai-pandai pergi oversea balik ada ijazah, kawin dengan orang yang sama taraf. Tapi dalam cerita ini lain sikit, anak dia (Arif) seorang pelajar yang pandai semasa sekolah tetapi belajar bukan sampai oversea . Tetapi 1 kampung tahu dia belajar luar negara. ( hah macam mana tu..aku pun pening..kan? dia belajar kat mana?). Kalau bagi rating cerita ini aku boleh bagi 3 Bintang!!

jom tengok

>SINI<



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah baca kan? sila komen.... ^^_