Travel 1 : Andalusia


Korang sihat tak hari ini? Alhamdulillah..aku telah selamat sampai rumah seawal pukul 5 pagi tadi...

" Home Sweet Home "

Ini bukan tempat yang aku nak pergi travel hujung bulan ini tau, yang ini sekadar nak ajar korang travel ke Andalusia !! 




Part 1 : Kenali sejarah dulu

Andalusia pernah berperanan memberi impak yang besar kepada umat 
Islam. Ia melonjakkan tamadun umat dengan perkembangan di dalam pelbagai 
bidang keilmuan sehingga lahir pelbagai tokoh yang dihormati masyarakat timur 
hingga ke barat. Namun, kegagalan umat Islam
mempertahankan kedaulatan Andalusia telah menjadi sempadan yang pahit 
untuk dirungkai. Apapun, pengalaman dan pengajaran jatuh bangun Andalusia 
cukup penting untuk dikaji bagi mengambil iktibar dan menjadikannya panduan 
dalam menghadapi cabaran semasa. Kertas ini akan cuba sedaya yang ada 
untuk berkongsi fatrah Andalusia ini dalam merentasi sejarah kegemilangan 
umat Islam seketika dahulu.

Source : Andalusia

Tempat-Tempat Menarik
Mesquita de Cordoba. Diwartakan sebagai World Heritage Site.

 Masjid dalam taman yang dibina pada zaman pemerintahan Abdul Rahman Al-Dakhili. Selepas kejatuhan Islam, kerajaan Sepanyol telah menjadikannya sebagai gereja besar Cordoba (The Cathedral of the Diocese of Cordoba).


Medina Azahara; hanya 9% yang tinggal
Ia terletak di Cordoba dan adalah bekas runtuhan satu kawasan pentadbiran kerajaan yang mempunyai bangunan pentadbiran, pejabat-pejabat kerajaan, taman, rumah residen dan tandas. Bangunan ini dibina pada zaman Abdul Rahman ke III Al-Nasir dan hanya bertahan tidak melebihi seratus tahun. Gambar di atas menunjukan kesan pergolakan antara kerajaan Islam yang memerintah pada zaman itu.




Istana Al-Hambra
 adalah istana terakhir yang terdapat di Andalusia sebelum jatuhnya kerajaan Islam.  Istana ini dibina pada zaman Bani Ahmar dan terletak di Granada. Pembinaan istana ini adalah lambang kecerdikan cendikiawan Islam pada zaman itu. 


 Andalusia juga mempunyai beberapa tempat menarik yang cantik dan mengkagumkan. Antaranya Ronda. Ronda adalah bandar kecil di atas kawasan berbukit. Bandar ini terkenal dengan bangunan-bangunannya di celahan bukit.

Cantik kan?

Bangunan yang unik

Alcazaba, Malaga dan Roman Teater
 Malaga. Satu bandar yang cantik dan terletak di tepi laut, Costa del Sol. Di Malaga terdapat beberapa tempat menarik seperti Palacio Gibralfaro, Alcazaba, Roman Theater dan Muzium Picaso. Tidak lupa juga Plaza Mayor sebagai tempat santapan mata untuk membeli belah.


Rock of Gibraltar dilihat dari sempadan Andalusia
Jom kita jelajah ke Gibraltar yang merupakan satu jajahan British. Ianya terletak di semenanjung paling selatan di sempadan Andalusia. Gibraltar terkenal dengan Jabal Tariq atau Rock of Gibraltar. Ia adalah pintu kemasukan kepada askar Islam semasa menawan Sepanyol suatu ketika dahulu.

Source : Tekan

Ada blogger yang dah pergi tau dekat sini..kalo korang rajin apa kata buat trip untuk blogger-logger...boleh kite cari sponser sama-sama...hikhik....


Coretan Perantau di London



Kalo korang minat nak tau keunggulan Tamadun Islam dan kejayaan suatu ketika dulu,  boleh la melawat Andalusia ini. 

jap...jap..jap

tak habis lagi, karang korang pergi tak tau pulak nak makan apa kan? hikhik

jom tengok makanan apa yang best! yang penting halal



ini Aku jumpa dekat Google Oppa...


ini kedai jual kebab. Aku rase lebih kurang macam fast food jugak la..


Dah sampai sana, korang nanti try ini tau'


oklah samapi sini dulu travel ye..
kalau korang ada plan nak pergi aku nak ikuuuttttt!!
sebab aku tak pernah pergi pon...sekadar kongsi dengan blogger-blogger...

Harap korang semua sihat-sihat belaka...amin



p/s : A Simple Day With A Simple Smile..

3 ulasan:

  1. Informasi yang bagus (good information).

    tanya, cara buat gambar animasi bye itu, bagaimana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih...
      tulis pada google image..kalau nak cari animation..

      contoh.: taip bye animation...nanti dia akan keluar banyak-banyak....boleh la pilih,,,^_^

      Padam

Dah baca kan? sila komen.... ^^_