It's Just Around the Corner


Melekat Ke Tak Aku Tak Tau ^_^

hi..tetibe lak aku nak tulis entri bertajuk BI ni..hihihi..
pape pon aku nak share dengan korang satu benda ni.

Apa Dia ye?












so minggu exam aku start 1/1/13 (Selasa)
Setiap kali Tahun Baru aku mesti ada exam

so sekarang tengah bersengkang mata la jawabnya



Entah tangan sapa la aku curi ni (Souce: Mr Google)


Jom tengok meja study aku yang ala-ala macam ni

Setiap kali study mesti aku tertido...korang ada tak kata-kata semangat or cara nak hilangkan mengantuk bila study??

~Share dengan aku yang tengah malas ni~



Ini Aku kongsi dengan korang jadual exam aku


ini Jadual Exam aku
semuanya ada 6 paper


p/s: 
Doakan untuk aku ye korang..semoga aku dapat hadiahkan keputusan yang terbaik untuk mak abah aku.. sebagai satu hadiah untuk aku gembirakan mereka.



Buat Pelajar yang Menduduku peperiksaan + Aku jugak



DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ 

فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)


Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)


Doa memohon kejayaan cemerlang - 
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ

 وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh



~sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

~Tawakkal Kepada Allah S.W.T~

Amin

3 ulasan:

Dah baca kan? sila komen.... ^^_