Keeps you away.

Apa dia "keeps you away" 

kenapa..kenapa....kenapa...



Aik...napa pulak dengan Doktor ni...apa kaitan dengan aku...ish..ish...ish...

korang...korang..korang...

Pernah dengar tak 

" a apple a day keeps the doctor away "

hahhaa...saja je aku nak buat korang tertanya-tanya...tapi mesti korang pelikkan..apa pulak kaitan benda alah tu dengan aku?









Tengok gambar Apple ini, sedapkan...

sabar..sabar...


aku cerita pasal Epal kat korang sebab aku tengah makan epal sambil menaip entri khas untuk blogger-blogger aku yang singgah sini..


Jom selongkah khasiat sebiji epal jika kita makan setiap hari..


TERJAH!!


Sebiji epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.

buktinya...

Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient ( sejenis nutrient dalam epal tu..) boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.

Epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus. Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus. (baguskan epal ni...)

Setiap individu memerlukan serat. 5g Serat dalam sebiji epal = 20 % serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian. Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.

bukti lain..

Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi. Penyelidik Jepun mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.




oleh itu...makanlah epal setiap hari..






p/s: A Simple Day With A Simple Smile..


~peace~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah baca kan? sila komen.... ^^_