Pemilik Tulang Rusuk..khas buatmu..!

Assalammualaikum

Khas buat pemilik tulang rusukku..

Assalamualaikum…

Pemilik tulang rusukku
Tidak kira di mana jua kau berada
Aku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu
Moga kau sihat dan ceria selalu

Wahai pemilik tulang rusukku
Masa seperti mencemburuiku
Semakin lama semakin cepat ia berlalu
Namun tak pernah ku jemu untuk merinduimu selalu

Aku sentiasa menunggu dan menunggu
Saat dan detik untuk ketemu denganmu
Wahai pemilik tulang rusukku

Maaf kan aku
Ku tahu ku telah melakukan banyak dosa kepadamuAku tidak menjaga amanahmu sebaik-baiknya
Aku lemah,Aku lalai,Aku leka,


Dengan setiap godaan dunia
Wahai pemilik tulang rusukku

Walaupun ku tidak tahu siapa kamu
Akan usahakan untuk membaiki diri
Agar menjadi suri terbaik padamu nanti
Akan ku usahakan untuk membaiki diri

Agar dirimu tidak di sakiti
Akan ku usahakan untuk membaiki diri
Agar dirimu menjadi penghuni syurgawi

Wahai pemilik tulang rusukku
Di mana jua kita akan bersatu
Dunia mahupun di akhirat kelak
aku akan sentiasa sabar menanti
kerana telahku sematkan di dalam hati

kau juga berusaha keras untuk mencarikusambil mempersiapkan diriuntuk mengetuai dan membimbingku mengadap Ilahi


Wahai pemilik tulang rusukku
Ketahuilah…
Aku tulang rusukmu
Sentiasa di ancam bahaya tanpamu di sisi
Namun tak pernahku lupa
Panjatkan doa pada Ilahi
Agar kau dan aku sentiasa dilindungi. ♥ ♥

Source: Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah baca kan? sila komen.... ^^_