PERBEZAAN Air Mineral Semulajadi (AMS) dan Air Minuman Berbungkus (AMB)

PERBEZAAN Air Mineral  Semulajadi (AMS) & Air Minuman  Berbungkus (AMB)



Air

Air memang sangat penting dalam tubuh badan kita. Air berfungsi mengimbangi elektrolit ( iaitu cas positif dan negatif) dalam tubuh badan kita. 60% air yang terkandung dalam badan kita. Sangat pentingkan air ini?


Semua orang tahu, kita perlukan air 8 gelas sehari dalam erti kata lain bersamaan dengan 1.5L. Pengambilan air adalah memadai jika kita ambil sebanyak 1.5L - 2.0L.


Berbalik pada tajuk yang aku cuba sampaikan. Korang mesti selalu nampakkan air mineral atau air minuman yang penutupnya berwarna PUTIH , BIRU dan HIJAU.
Macam ni...


MINERAL WATER (Biasanya biru dan Hijau) :  Air ini adalah diambil dari sumber air mineral semulajadi yang telah melalui proses tertentu dimana memang diketahui bahawa mineral semulajadi memang bagus untuk kesihatan.

AIR MINUMAN BERBUNGKUS : Untuk penutup yang berwarna putih pula adalah di ambil dari bekalan air paip yang telah ditapis dari proses reverse osmosis atau osmosis berbalik. Osmosis berbalik memerlukan sedikit tekanan untuk menolak balik air supaya menjadi bersih.


Macam mana nak tahu beza? 
AIR MINERAL SEMULA JADI
Punca
Sumber daripada strata kandungan air bawah tanah melalui mata air, telaga, gerekan dan lain-lain jalan keluar. Punca perlu mendapat kelulusan dan lesen daripada Kementerian Kesihatan.

Penambahan mineral
Tidak boleh diperkaya/diperkuat atau ditambah dengan vitamin atau mineral

Pelakuan / rawatan
Dibenarkan

Label
Perlu dilabel dengan :
• “Air Mineral Semulajadi” atau
• “Air Mineral Semulajadi Berkarbonat”sekiranya mengandungi karbon dioksida.
• Amaun jumlah pepejal terlarut
• Nama kandungan mineral yang ada
• Lokasi puncanya
• Jenis punca
• No kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
• Punca diluluskan oleh KKM
• Nama dan alamat lengkap pengeluar
• Buatan Malaysia atau buatan negara asal pengeluar

Pembungkusan / Botol
- Penutup botol pelbagai warna
- Botol yang digunakan mestilah berkeadaan telus dan lutsinar.

AIR MINUMAN BERBUNGKUS
Punca
Semua punca air yang selamat seperti dari sistem bekalan air awam atau air paip, air (sungai, kolam, tasik) dan air tanah (telaga tiub, mata air). Boleh mengandungi tambahan garam klorida, bikarbonat dan sulfat bagi kalsium, magnesium, kalium dan sodium serta karbon dioksida.

Penambahan mineral
Boleh mengandungi tambahan garam klorida, bikarbonat dan sulfat bagi kalsium, magnesium, kalium dan sodium serta karbon dioksida.

Pelakuan / rawatan
Dibenarkan

Label
Perlu dilabel sebagai
• “Air Minuman” atau
• “Air Minuman Berkarbonat” jika
mengandungi karbon dioksida
• Amaun mineral atau garam tambahan
sekiranya ada
• Jenis punca air
• Nilai pH, warna kekeruhan
• No kelulusan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM)
• Punca diluluskan oleh KKM
• Nama dan alamat lengkap pengeluar
• Buatan Malaysia atau buatan negara
asal pengeluar

Pembungkusan / Botol
- Penutup botol berwarna putih
- Botol yang digunakan mestilah berkeadaantelus dan lutsinar.


Sedikit sebanyak info yang ath kongsi dengan korang. Semoga menjadi maklumat kepada kita semua.

SUMBER : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah baca kan? sila komen.... ^^_