Hari Pertama Raya Aidil Adha. {Raya Di Perantauan}

Hai hai hai...Lame tak berupdate status aku dekat blog ni. Korang sihat? Aku doakan korang semua + family korang semua sihat-sihat dan dirahmati Allah... (Amin)


Tahun ni aku sibuk sikit dengan attachment dekat HOSPITAL USM, KELANTAN. Sekarang aku tengah attach dekat wad kanak-kanak. Bile tak naik wad, rase malas giler!! tapi bile dah naik, tengok budak-budak tu, kesihan sangat, rase nak tengok sampai budak-budak dalam wad ni semua discharge. Korang doakan aku ye...FINAL YEAR dah ni, i'm trying the best to get my first degree, not for myself but i promise to myself i want  to give it for my beloved mak and abah.

Berbalik tajuk cerita, Tahun ni aku beraya dekat KELANTAN! yeayyyyy!!! Dah tahun akhirkan baru nak beraya...hahhahaha... nak jugak merasa dekat Kelantan ni. Alhamdulillah, ade kawan-kawan aku tak balik raya jugak. Kat sini 2 hari tau raya haji. 2 hari tu lah aku berjalan sakan!!! 

Meh aku story morry dekat korang sepanjang 2 hari.


Hari Pertama

PAGI RAYA
- Pergi surau dengan syida & nasha. On the way nak ke surau, dengar takbir raya. Time tu terus ingat kat mak dengan abah. Sebak giler aku time tu..tapi control la..(tak kan aku nak menangis sepanjang jalan..hahha)
 Lepas sembahyang raya, jumpa siha, beraya dengan kami 4 orang. 
Lepas tu.. apa lagi, cari kereta sewa yang sudah siap ditempah!! ^_^ 
vvrrroooommm la kereta,, memang tak tanggu dah.. pergi beraya rumah orang!! yeaaahhhh

Rumah pertama diterjah rumah abang ana dekat KB jer...haha... Ana orang Johor. Tapi balik rumah abang dia time raya ni.





Sedap! pakej sekali dengan satay.. Thanks untuk Kak Sha yang prepared makanan raya untuk kiteorang!! 

Rumah Kedua
Kami bergerak ke Pasir Mas. Rumah siapa pulak jadi pilihan...(jeng...jeng..jeng...)





Kami beraya rumah tok ika. Memang masuk kampung lah! best! sebab sekitar memang kawasan padi. sorry tak dapat nak ambil gambar sebab aku yang drive ^_^
Memang makan fresh daging lah! Makan pulak dengan Budu + Tempoyak! Aku tak tau pulak budu tu + tempoyak, men celup-celup dengan daging je. Yang paling best orang yang tak pernah nak makan durian makan budu + tempoyak!!

Ini budak lah!!

Pandang-pandang aku masa makan. Just guna bahasa mata jer budak ni. 

Tira: Sha..try la..
Nasha: Sedap??????
Tira: Sedappp!! Try tengok

Apa lagi terus celup lah daging tu..bukan sekali tau..tapi BANYAK KALI DAN BANYAK DAGING dia makan!!! ~~~ Sukenye..!!

Dah makan, lepas Zohor, kiteorang gerak nak pi pantai. Sebelum sampai pantai, singgah rumah Kak Mizah. Ini memang tak da dalam plan nak gi, just men terjah!
Ana yang call kak Mizah cakap nak datang rumah!

Rumah Ketiga




Tu suami kak Mizah. Kak Mizah sekarang duduk Sabah. ^_^ Banyak cerita kat Sabah dia cerita.. Semangat tengok dia..!!Kat sini jugak lah budak yang tadi tu TRY TAPAI!!
Sedap pulak die cakap sebab Mak mertua Kak Mizah yang buat!

Lepas tu lepak-lepak pantai. Photoshoot dalam hujan renyai..hehehe...Malam pulak gi Wakaf Che Yeh. Alhamdulillah, nasib bukak! Ada lah tempat nak jalan. Nak pi rumah member lain, jauh sangat lagi pun dah malam. Dorang pun penat jugak. Oklah, korang tengok gambar-gambar ni ok!

Ini baru Hari Pertama Raya Aidil Adha.
Tunggu Sambungan OK

Hari Kedua Hari Raya Aidil Adha.







 Tunggu!!

A simple day with simple smiles








2 ulasan:

  1. bila tgk telur yg di "stick" tu, terliur haih
    amal follow sini tau..

    jemput singgah dan komen blog amal kalau sudi :)
    http://cikamal.com/contest-seo-eridy-5.html

    BalasPadam

Dah baca kan? sila komen.... ^^_