Resepi Bihun Goreng Singapore

HaH!! [jawab dulu salam tu..]
Hari ini aku try masak Bihun Goreng Singapore. Tak nak celoteh banyak-banyak, aku share sikit macam mana cara-cara nak masak (maklumla..aku suka try benda-benda yang aku tak pernah buat..)



(image by Pak Google)

Bahan-Bahan

1) Bihun [tak kisah korang guna jenama apa sekali pun, tapi rendam dulu ye..bagi lembut ]
2) Ayam dipotong kecil-kecil
3) Cili Padi (kalau suka pedas boleh lebihkan)
4) Bawang merah dan bawang putih dikisar halus
5) Sos Tiram
6)Sayur-sayuran (sayur yang aku guna carrot,sawi hijau, taugeh)
7- Lada hitam yang ditumbuk halus

Cara-cara

1- Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau
2 - Masukkan ayam yang dipotong kecil-kecil
3- Masukkan juga cili padi
4- Tumis sehingga naik bau
5- Masukkan sos tiram
6- Biarkan sekejap dan kacau
7- Masukkan bihun dan kacau bagi rata dan sebati
8- Masukkan lada hitam
9- taugeh dan carrot
10- Masukkan sawi
11- Biarkan seketika dan kacau lagi
12- Agak-agak dah ok..tutup api dan hidangkan

p/s : kalau nak lagi ummm dan terangkat bila korang makan, try makan bersama sambal kicap.


Bahan-Bahan
Cili padi
bawang putih
belacan
kicap

Cara-Cara
Kisarkan semua bahan-bahan diatas



untuk tatapan



Selamat Mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah baca kan? sila komen.... ^^_