APA itu KISMIS?

Rahsia Tentang Kismis

Kandungan Gizi Kismis - Raisin per 100 g (3.5 oz)
Energi 1.252 kJ (299 kcal)
Karbohidrat 79 g
Gula 59 g
Diet serat 4 g
Lemak 0,5 g
Protein 3 g
Kalsium 50 mg (5%)
Besi 1,9 mg (15%)
Kalium 750 mg (16%)
Sodium 11 mg (0%)
Sumber: USDA Nutrient database



KELEBIHAN  KISMIS


Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.





1.Ia menajamkan minda atau daya ingatan kerana otak memerlukan banyak gula fruktosa untuk berfungsi dengan baik.

2.Menjadi sumber semulajadi anti oksida kerana kismis mengandungi fenol. Anti oksida melindungi tubuh dari adikal bebas ( sebab itulah banyak bahan kecantikan me war-warkan anti- oksida ni dalam produk mereka )

3.Kismis menyihatkan dan melindungi gigi dan gusi kerana  ia kaya dengan asid oleanolik.Asid Oleanolik mampu menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan plak dan kerosakan gigi.

4.Kismis kaya dengan potasium dan sodium yang membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

5.Menguatkan tulang kerana di dalam buah kering ini terkandung fiber dan asid tartaric


2 ulasan:

Dah baca kan? sila komen.... ^^_