12/12/2012





Alhamdulillah..cantik la tarikh ini kan...kan? tapi hari ini aku nak cerita sikit dengan korang, apa aku buat hari ini kan? firstly...pagi pergi kelas macam biasa...tapi hari ini ada presentation..so..dengar je la...(dengar ker...??)
lepas kelas aku pergi aku pergi kaunter tafsiran..
buat apa lak?apa kaunter tafsiran?
Kaunter tafsiran itu salah satu tempat nak bayar yuran...hihihi
Aku nak ambil injection untuk Hepatitis B

Apa Hepatitis B?
Penyakit Hepatitis B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang 'senyap' dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama. Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus Hepatitis B (HBV). Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan. Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini. 
Ini virus Hepatitis B
Bagaimana Virus Hepatitis B Merebak?

1. Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah, air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan juga susu badan. Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus. Penyakit ini boleh merebak melalui:
a. Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti melalui pemndahan darah, hemodialisis.b. berkongsi jarum (seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan), pisau cukur, berus gigic. kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan (seperti tercucuk jarum, terkena percikan darah ke mata atau ke tempat luka)d. mencacah tatu, akupunktur, elektrolisis dan menindik telinga
2. Perinatal (sekitar kehamilan)- daripada ibu kepada anak ketika kelahiran3. Hubungan seks.




















Picture : from Google oppa~

hikhik..


Lepas injection itu, dapat 1 card

Ini card aku?








So 13/1/13 aku kena pergi ambik injection yang ke 2 dekat HUSM..
kalau korang nak ambik injection ini, dekat HUSM harga dia RM31.00 (lebih kurang la...) tapi kalau korang pernah derma darah 2x boleh dapat free..So aku tak tunjuk resit tu maknanya dapat free la ye...

Lepas beli makanan aku pergi perjabat asrama untuk ambil barang yang aku tempah online ini. Barang yang aku beli ini dah ramai yang pakai, so aku pun nak try jugak...



Aku beli yang 1 set terus,,
senang kan..ehhe...harga pon murah..

Lagi satu sebab aku beli aku nak guna mask dia ini, sebab senang, sapu je dekat muka..then peel je..sebab dia ikut bentuk muka kita..

Lupe nak bagitau

Barang ini daripada Daiso Japan

Kalau nak tau..Tanya pakcik Google ea..


~Publish~

2 ulasan:

  1. dah lama tak derma darah.. huhuhu seram pada mulanya pastu pitam dan tidur.. Haha pengalaman pertama derma darah 4tahun lepas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah wah...dah lame x derma ni...hikhik...ala..ok dah pernah derma..kan?:) ada pengalaman...hikhik..walaupun athir pernah derma..tapikan...still x boleh tengok bila jarum tu masuk dalam badan kita..hehehe

      Padam

Dah baca kan? sila komen.... ^^_