Wow..Awesome!

Assalammualaikum

::Jawab ye..Waalaikummussalam w.r.t::

Korang sihat tak? maaf la..aku x peruntukan masa yang baik untuk update blog ni..untuk entri kali ni, aku nak share serba sikit dengan korang "kebudayaan negeri Kelantan" 
Kenape aku cerita pasal Kelantan lak? (Dah ko study dekat kelantan la...)
Berbalik pada topik asal kita, hari tu aku dengan member-member satu kos pergi la survey dekat area-area Kota Bharu ni, kiteorang cadang nak buat "event" untuk cari dana. Banyak la tempat kiteorang pergi, sanggup tu tinggal "kereta sewa" jauh-jauh, dan kiteorang jalan kaki...[pelik..pelik..]
Nak tau tak ape kiteorang rase mase tu?


"Rase SERONOK sangat sebab tak pernah berjalan dekat Bandar Kota Bharu"
Rase macam dekat oversea..
[ gambar ini masa kiteorang pergi syarikat tour guide ]

Dah dapat dekat 3 kot peta Kelantan, [ kalo sesat lagi memang aku tak tau la nak cakap ] Dah pusing-pusing cari tempat kat bandar ni, kite orang jejak pulak ke PCB (Pantai Cinta Berahi/Pantai Cahaya Bulan) aku pon tak tahu mane satu name yang betul

Dekat PCB ni kami pergi la perkampungan ni, (mak aii..kampung jauh ke dalam, dekat 10 buah rumah kot pergi tanya tempat nak pergi tu) Last-last dekat pukul 6.00petang alhamdulillah, jumpa jugak destinasi tu.. (Nak tahu ke tempat tu...athir akan cerita bila "event" ni dijalankan)..so..Sabar

Hari dah makin petang dah, bila nak keluar dari perkampungan tu, dah tak tahu jalan..maklumlah dah sesat awal-awal, nak keluar pun sesat jugak lah....^_^ 
rupa-rupanya, jalan tu ade "shortcut" la...boleh tembus dekat Airport Pengkalan Chepa..
Alang-alang dah dekat Airport, so kami pon rehat-rehat la kejap (Tunggu abang-abang pilot mendarat)

[ abang aku tu zana...]

[ antara barisan terpenting dalam "event" ]

Dah penat-penat kat sini, malam seperti biasa melawat ke "wakaf che yeh (WCY)" bak kata adik aku (chik nek yah) aku pon tak tahu, maybe tersalah sebut...sebelum pergi sana aku nak ajak korang pergi makan dekat "Sup Urat Keting" . Restauran ini dekat je dari  WCY. kalau korang jumpe wakaf che yeh dulu, korang k drive depan sikit, kalau korang daripada Kota Bharu, korang akan nampak dulu restauran ni sebelum sampai WCY

Korang tengok lah gambar ni.

[ sedap ]

[ muka lapar..jom makan!]

[ Alhamdulillah...habis tuuu....]


aku rasa sampai sini dulu kot nak taip menaip ni, tangan aku nak menari pulak atas nasi (lapar)  kita jumpa untuk entri yang lain. 

Nak melawat tempat yang menarik lagi tak?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah baca kan? sila komen.... ^^_